Wanita 100 Tahun Terima Vaksin Di PPV Sook

nenek-100-terima-vaksin-di-sook.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Seorang wanita berumur 100 tahun berjaya menerima suntikan vaksin pertamamya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kecil Sook di sini.

Kuyinin Balansing yang datang dari Kampung Kabatang Baru, Tulid hadir di PPV Sook untuk menerima vaksin dengan ditemani oleh anak beliau selepas menghadiri sesi temujanji NCD di Klinik Kesihatan Sook.

Seluruh warga Klinik Kesihatan Sook mengucapkan terima kasih kepada Inan Kuyinin kerana sudi menjadi sebahagian daripada penerima vaksin di PPV terbabit.

Terdahulu Klinik Kesihatan Sook menyatakan seramai 78 penduduk dari kawasan Sook sehingga ke Kampung Mongorimot, Mansiat yang terletak 120 kilometer dari Keningau hadir mendapatkan suntikan vaksin pada hari pertama pembukaan PPV terbabit semalam.

Setakat ini lima PPV di kawasan Parlimen Pensiangan sedang beroperasi iaitu di Klinik Kesihatan Nabawan, Dewan Masyarakat Sook, Balai Budaya Salarom Taka, Klinik Kesihatan Pagalungan, dan Klinik Kesihatan Pensiangan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top