KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersanding malam tadi dengan wanita pilihan, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi.
Majlis persandingan itu diberitakan berlangsung di sebuah hotel sini.
Gambar perkahwinan pasangan itu tular selepas majlis akad nikah baru-baru ini.
Ini perkahwinan kedua Wan Junaidi selepas kematian isterinya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah, pada Mei lalu.
Wan Junaidi, 77, tidak bertanding di Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Nancy Shukri.
Pada perkahwinan terdahulu, Wan Junaidi dikurniakan dengan tiga cahaya mata perempuan.