Walter Joseph Kinson dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan

Presiden-MPS.jpg

Joachim (tengah) menyerahkan watikah kepada Walter.

KOTA KINABALU: Walter Joseph Kinson, 57, dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu bagi menggantikan presiden MPS terdahulu, Henry Idol.

Watikah pelantikan beliau disampai oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dalam satu majlis di Bangunan Wisma Innoprise, di sini, Rabu lalu.

Walter, yang memulakan tugas bulan ini mempunyai pengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam selama 36 tahun di pelbagai kementerian. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Pengarah Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, serta Pegawai Daerah Keningau.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung penyerahan watikah pelantikan bagi meneruskan tempoh perkhidmatan kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang, serta Timbalan Presiden MPS, Wilson Thomas.

Dr. Joachim berharap agar semua penerima watikah pelantikan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat di MPS dan MPT.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais, Timbalan Setiausaha Tetap I dan II, Stanley Chong dan Faridah Giau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top