Walau Berkembang Ke Semenanjung, Warisan Tetap Teguh Di Sabah – Shafie

shafie-apdal-1.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perjuangan asal Parti Warisan (Warisan) masih kekal teguh walaupun parti itu melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia.

Tidak timbul isu anggota parti di peringkat akar umbi goyah berikutan hasrat parti melebarkan sayap.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, disebabkan pejuang asal Warisan yang masih teguh membolehkan parti ini melebarkan sayap parti seiring dengan langkah mahukan politik di negara ini beralih kepada sistem politik yang lebih baik tanpa berlandaskan kaum dan agama.

Beliau berkata, sudah menjadi hasrat Warisan untuk menyatukan rakyat yang ada di Sabah dan Semenajung Malaysia maka, langkah yang dimulakan itu akan membantu merealisasikan hasrat tersebut.

Katanya, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan cukup ramai dan jika dilihat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, Warisan merupakan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak tanpa perlu gabungan.

“Kita tidak kalah pada pilihan raya kerana kita adalah parti tunggal dengan jumlah kerusi paling banyak, parti yang mempunyai majoriti.

“Namun, selepas pilihan raya Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO bergabung kerana inginkan jawatan dan kuasa,” katanya semasa Majlis Pelancaran Sayap Parti Warisan di Semenanjung pada Jumaat.

Jika dilihat semasa PRN Melaka, pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkempen undilah UMNO dan tumbangkan Perikatan Nasional (PN).

Kemudian, Penasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula turun Melaka dan menyarankan rakyat mengundi BERSATU dan tolak UMNO. Ironinya, selepas bersaing di Melaka, mereka boleh duduk semeja di Putrajaya.

Inikah nilai politik yang ingin ditunjukkan kepada rakyat. Rakyat akan kebingungan kerana Penasihat PM mahu jatuhkan orang yang dinasihatkan.

Pada PRU-15 kelak, agak mustahil untuk Muhyiddin mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Ismail Sabri. Sudah pasti Muhyddin juga mahukan jawatan Perdana Menteri.

Situasi yang berlaku dalam politik ketika ini meletakkan rakyat dalam keadan yang tidak mempunyai sebarang pilihan maka, kewujudan Warisan ini boleh memberi ruang kepada rakyat untuk memilih. – Borneo Today

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top