Waktu Operasi Premis Makanan, Minuman Di Sabah Pukul 10 Malam, Boleh Mohon Hingga 12 Tengah Malam

restoran-pak-mus.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Premis perniagaan menjual makanan dan minuman seperti restoran di Sabah hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata premis perniagaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah boleh beroperasi sehingga 10 malam dan bukannya 12 tengah malam.

“Buat masa ini bagi negeri Sabah, premis perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam di kawasan PKPB.

“Kebenaran ini dibuat setelah mengambil kira tinjauan yang dilakukan dan mendapati kebanyakan premis ada yang menutup premis lebih awal kerana tiada pelanggan.

“Walau bagaimanapun pemilik-pemilik premis perniagaan boleh memohon kebenaran beroperasi sehingga jam 12 tengah malam dan kita akan nilai permohonan tersebut,” katanya menerusi sidang media maya di Kota Kinabalu pada Isnin.

Tambahnya, kelulusan bagi permohonan akan dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah.

Terdahulu dalam sidang media harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan waktu operasi premis perniagaan di kawasan PKPB dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top