Wakil Sabah peroleh tempat kedua pertandingan Miss World Malaysia 2023

ratu-sabah.jpeg

CEMERLANG: Pencapaian cemerlang Shu dalam pertandingan Miss World Malaysia 2023.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Peserta yang mewakili Sabah, Shu Wen Chai berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan Miss World Malaysia 2023 seterusnya membawa hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.

Shu yang berusia 26 tahun dengan memiliki ketinggian 174 sentimeter (cm) mempunyai latar belakang memberangsangkan.

Sebaik melanjutkan pelajarannya dalam bidang Teater dan Reka Bentuk di Vancouver, Kanada, beliau berjaya mempamerkan kemahiran menggagumkan sebagai Pereka 3D, Model dan Pelakon.

Sebelum menyertai Miss World Malaysia 2023, Shu menyertai Miss Grand Malaysia 2023 dan berjaya merangkul gelaran tempat ketiga dan menyatakan itu adalah penyertaan sulungnya dalam dunia ratu cantik.

Menurutnya, pengalaman pertama itu membantunya memperoleh satu lagi pengalaman baharu dalam kehidupan termasuklah mempelajari nilai altruisme yang menekankan kepentingan memberi kepada golongan yang memerlukan melalui sumbangan, komitmen serta bantuan.

Dalam sesi soal jawab, ketika ditanya mengapa dia perlu menjadi Miss World Malaysia. Shu menyatakan beliau mempunyai keperibadian yang baik dan membantunya mencapai sesebuah impian, selain mengikuti suara hati untuk merealisasikan impian terbabit.

Katanya, perjalanan beliau dalam dunia kecantikkan meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan, selain memupuk rasa tanggungjawab serta komitmen terhadap komitmennya dalam pemerkasaan wanita.

Shu juga sedang mempersiapkan diri untuk kemunculan semula dalam dunia pertandingan ratu cantik.

Beliau juga mengalu-alukan peminat serta orang ramai mengikuti perjalanan kariernya di laman Instagram: @supamortal. – UTUSAN BORNEO

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top