Vivian Kekal Ketua DAPSY Sandakan

vivian-1.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee kekal sebagai Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kawasan Sandakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan DAPSY Sabah Kawasan Sandakan dan Batu Sapi yang diadakan di Bilik Gerakan DUN Tanjung, Grandview, kelmarin.

Dalam mesyuarat itu, Vivian dipilih semula sebagai Ketua DAPSY Kawasan Sandakan. Manakala, Peter Soo pula dipilih sebagai Ketua DAPSY Kawasan Batu Sapi yang baharu.

Mesyuarat Agung Tahunan itu disaksikan oleh Ketua DAPSY Sabah Ginger Phoong Jin Zhe yang turut mengumumkan penubuhan baharu DAPSY Kawasan Libaran yang akan diterajui oleh Khor Yung Hao.

Dalam ucapannya, Phoong menyeru kepada semua ahli DAPSY untuk meneruskan visi parti untuk mengesahkan dan mengembalikan Perlembagaan Malaysia dalam kerangka sekular asalnya sebagai undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberikan setiap warganegara Malaysia hak yang sama serta saksama.

Sementara itu, Vivian yang juga memegang jawatan Naib Ketua II DAPSY Sabah menyatakan kegembiraannya kerana DAP juga mempunyai keahlian dari pelbagai etnik di ketiga-tiga kawasan itu dan ini juga katanya menunjukkan komposisi pelbagai etnik di negeri ini.

Vivian juga menyeru semua ahli untuk bekerja ke arah persamaan yang lebih besar dalam masyarakat untuk mengelakkan jurang antara yang kaya dan yang miskin daripada semakin berkembang.

Hadir sama pada mesyuarat agung itu, Naib Ketua DAPSY Sabah Max Million Lee dan Setiausaha Organisasi DAPSY Sabah George Wong.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top