Vivian Edar Pasta Kepada Gelandangan Di Bandar Sandakan

vivian.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, mereka yang tidak bernasib baik tidak dilupakan.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee mengedarkan sebanyak 100 hidangan pasta kepada gelandangan di bandar ini, pada Selasa.

Pasta berkenaan disumbangkan oleh sebuah restoran di sini, Pasta Mammamia Sandakan untuk diagihkan kepada gelandangan melalui pasukan khidmat Parlimen Sandakan.

Vivian dan pasukannya bersama pihak Pasta Mammamia Sandakan dan Pertubuhan Kebajikan Marhaens Sandakan mengedarkan kesemua pasta kepada penerima.

Vivian mengucapkan terima kasih kepada pemilik Pasta Mammamia Sandakan atas kemurahan hati yang membantu lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 dan masih menunaikan tanggungjawab korporat sosial (CSR) mereka untuk menyumbangkan makanan pasta ini.

Ia sekaligus tidak lupa memberi kembali kepada masyarakat dan ini adalah usaha yang terpuji.

Vivian mengatakan bahawa walaupun perniagaan telah terjejas berkali-kali kerana perintah kawalan pergerakan, mereka tetap mengambil berat tentang orang-orang yang menghadapi masalah dalam masyarakat dan memberi pertolongan mengikut kemampuan mereka.

Perbuatan baik seumpama juga wajar menjadi ikutan dan sokongan dan lebih ramai orang atau pihak dalam sama-sama membantu yang memerlukan.

Di samping itu, Vivian Wong juga mengucapkan terima kasih kepada  Pertubuhan Kebajikan Marhaens Sandakan kerana mengagihkan makanan kepada gelandangan dan sama-sama terlibat dalam program yang begitu bermakna ini. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top