Video tular: Masidi beri keterangan sukarela di SPRM

Masidi-statement.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan,Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu secara sukarela mengenai video disiarkan MalaysiaKini yang mengaitkan beliau.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya secara sukarela dan tanpa dipanggil oleh pihak SPRM telah memberi keterangan berkenaan video yang tular hari ini di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada jam 8 malam tadi (semalam).”

“Sepertimana yang saya telah maklumkan sebelum ini, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak yang berwajib untuk menyiasat isu ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa di sini.

Masidi berkata, kunjungan beliau ke Pejabat SPRM Kota Kinabalu juga adalah untuk membantu siasatan.

“Kunjungan saya ke Pejabat SPRM malam ini (Selasa) adalah untuk membantu siasatan dan tanda sokongan saya kepada usaha SPRM membanteras rasuah di negeri ini,” tegasnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top