Video Tular Kematian Remaja Akibat Suntikan Vaksin di Lahad Datu Adalah Palsu – JKNS

rose-nani.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mesej berupa rakaman video yang tular di media sosial yang mengatakan bahawa berlaku kematian seorang remaja akibat suntikan vaksin di Lahad Datu adalah tidak benar, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Rose Nani Mudin berkata, JKNS memandang serius berkenaan aduan orang ramai mengenai mesej palsu tersebut.

Katanya, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana JKNS dan Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu menafikan berlaku kematian seperti yang didakwa dan pihak JKNS telah membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut.

“Perbuatan individu ini boleh menimbulkan perasaan panik dan kebimbangan orang ramai terutamanya ibu bapa dan remaja yang bakal menerima suntikan vaksin.

“JKNS menyeru kepada orang ramai khususnya ibu bapa, supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak benar mengenai vaksin,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Beliau meminta mana-mana individu atau pihak yang musykil dan masih tidak faham tentang vaksin boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di talian Hotline PICK 019-6051196/ emel picksabahmyvas@gmail.com.

“Sesiapa yang belum menerima vaksin sila dapatkan segera di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau aktiviti outreach terdekat,” katanya.

Daripada pemantauan JKNS, DR. Rose Nani berkata, 80-90% pesakit di ICU adalah individu yang belum divaksin.

“Vaksin mampu mencegah jangkitan Covid-19 dan kematian akibatnya.

JKNS menyeru ibu bapa atau penjaga segera untuk mendaftarkan remaja bawah jagaan masing-masing di MySejahtera dan mendapatkan vaksin segera bagi melindungi diri mereka dan keluarga.

“Patuhi SOP dimanapun anda berada, sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam, jaga jarak fizikal, tidak bersentuhan dan kerap mencuci tangan,” kata beliau.

 

F


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top