Video Tular Bukan Penahanan Jemaah Masjid di Sandakan

Azhar-Hamin-Sandakan.jpeg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Video tular yang didakwa menunjukkan sekumpulan ahli jawatankuasa masjid di sini yang ditangkap pada Hari Raya Aidiladha Selasa lalu adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin mengesahkan satu kompaun telah dikeluarkan terhadap pengerusi sebuah masjid di Batu 16 kerana didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk solat Aidiladha yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, membabitkan kesalahan jemaah melebihi 30 orang.

“Bagaimanapun, video yang mengaitkan penahanan jemaah dan dibawa menaiki trak itu adalah tidak benar kerana kejadian dalam video tersebut bukannya berlaku di Sandakan tetapi di sebuah negeri di Semenanjung,” tambahnya, yang juga Timbalan Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah.

Video berdurasi 10 saat itu mula tular pada Selasa lalu dan dikaitkan dengan masjid di Batu 16 itu. – DE/Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top