Video tular: BERSATU gesa SPRM buat siasatan penuh

IMG_20241205_032601.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan penuh dengan telus termasuklah Ketua Menteri Sabah yang didakwa terlibat dalam skandal rasuah ini.

Ketua Srikandi Muda BERSATU, Nabila Norsahar berkata, ini penting untuk rakyat Sabah tahu integriti pemimpin-pemimpin Sabah dan seterusnya menentukan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Menurutnya, yang menjadi persoalan rakyat, adakah ini sememangnya amalan kepimpinan negeri.

Katanya, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun secara sukarela kelmarin telah menghadirkan dirinya ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan tetapi apa yang rakyat dapat ialah sekadar jawapan bahawa beliau tidak pernah ingat perbualan itu kerana rakaman perbualan tersebut disunting.

“Disini kami menegaskan bahawa rakyat Sabah menuntut penjelasan yang munasabah daripada pemimpin-pemimpin berkenaan.

“Dilaporkan juga video penuh tersebut didedahkan melalui media dan bukannya pihak berkuasa kerana defisit kepercayaan. Ini membimbangkan kepercayaan rakyat terhadap SPRM dalam membuat siasatan terhadap pemimpin-pemimpin,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nabila berkata, BERSATU menyeru pihak berkuasa untuk membuat kenyataan tentang hal ini supaya rakyat yakin bahawa siasatan dibuat adalah adil, telus dan professional.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top