Video, Foto Pamer Budaya Unik Tatana Tular Di Media Sosial

Tatana.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Klip video dan satu set foto yang mempamerkan keunikan budaya Tatana, salah satu kumpulan etnik KDM di Sabah yang kebanyakannya tinggal di Kuala Penyu, telah memikat hati pengguna media sosial, demikian lapor New Straits Times (NST).

Video dan gambar yang dimuat naik pada 3 Mei di halaman Unduk Ngadau Kaamatan Kuala Penyu 2022 menjadi viral, dengan ramai yang memuji pasukan itu atas usaha mereka mempamerkan budaya mereka.

Klip video itu memaparkan peserta Unduk Ngadau bagi daerah Kuala Penyu dengan elemen budaya Tatana.

Penyelaras daerah Unduk Ngadau Kaamatan (UNK), Jainah Ngoai berkata rakaman video dan foto itu mengambil masa dua hari dengan melibatkan 33 krew.

“Mereka yang terlibat semuanya Tatana dari Kuala Penyu.

“Kami melakukan penggambaran di Kampung Kikandis Gorowot, Kuala Penyu.

“Abang saya, Danny Daniel Johannes Ngoai bertindak sebagai juruvideo merangkap pengarah manakala fotografi dikendalikan oleh Rexy Rodney Marcarius,” katanya kepada NST.

Kuala Penyu, katanya, mungkin bukan lagi kawasan yang sesuai untuk penyu bertelur, tetapi ia kekal kaya dengan budaya.

“Sebagai penyelaras daerah, saya mahu memastikan semua peserta sekurang-kurangnya merasai kehidupan seharian Tatana pada zaman dahulu.

“Pada masa yang sama, ia merupakan platform dan pendekatan yang sesuai untuk mempamerkan budaya etnik Tatana kepada dunia.

“Sudah tentu, masih banyak yang perlu diketengahkan, tetapi niat kami jelas – untuk mempromosikan budaya kami.

“Saya terharu dengan banyak maklum balas positif di media sosial. Saya gembira kerana dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kami akhirnya berjaya melakukan penggambaran luar,” katanya.

Jainah berkata 12 peserta akan merebut gelaran Unduk Ngadau peringkat daerah pada 14 Mei di Dewan Dato Shahbandar Makang, Kuala Penyu.

“Mereka akan memakai ‘Sira Lambung’, pakaian tradisional kami yang merupakan salah satu faktor yang membezakan etnik Tatana dalam masyarakat Kadazan Dusun Murut,” katanya sambil menambah pakaian lelaki itu dipanggil ‘Sira Dambia’.

Pesta Kaamatan atau Menuai ikonik Sabah selama sebulan telah dilancarkan pada 1 Mei di Keningau. Tema tahun ini ialah “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi”.

 

 

ETALING JAYA: Pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup berbelanja RM1,500 hingga RM3,000 seorang

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top