Video Bandingkan Shafie Dengan Hajiji Usaha Terdesak Pembangkang

VIDEO-propaganda-640x317-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Selepas menularkan foto Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar yang sedang terlelap di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, jentera Parti Warisan sekali lagi melakukan perkara yang sama apabila menularkan pula ‘video propaganda’ perbandingan kepetahan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal berhadapan dengan wartawan berbanding  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Menurut Gabugan NGO Bebas Suara (BEBAS), jentera Parti Warisan dilihat telah cuba bersungguh-sungguh memulihkan imej Shafie Apdal yang tercalar teruk di mata rakyat Sabah dengan melakukan SERANGAN FITNAH bertali arus terhadap Ketua Menteri termasuk Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kabinet Sabah.

Tindakan jentera Parti Warisan yang menularkan ‘video propaganda’ perbandingan itu disifatkan semata-mata untuk memanipulasi minda rakyat kononnya Shafie adalah tokoh yang jauh lebih hebat daripada Hajiji.

“Walau bagaimanapun kami cukup yakin dan percaya cara sebegini masih belum mampu menghakis dendam kesumat rakyat Sabah terhadap Shafie Apdal akibat kerosakan yang telah dilakukan terhadap Negeri Sabah.

“Sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab melancarkan petisen mendesak Shafie meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah (http://chng.it/sNPGzdPk) sebelum ini dan sering bersama rakyat di akar umbi, apa yang kami lihat Shafie langsung tidak mempunyai hala tuju untuk membangunkan negeri Sabah, malahan kadar rakyat miskin dan pengangguran juga semakin meningkat di Sabah.

“Sepanjang 2 tahun 2 bulan Shafie  menjadi Ketua Menteri Sabah, ekonomi Sabah telah dimusnahkan dengan teruk, malahan umum mengetahui kadar KDNK negeri Sabah pada tahun 2017 adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu berada pada 8.2% dan malangnya selepas Shafie mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah, kadar KDNK Sabah pada 2018 terus menjunam kepada 1.5% dan pada tahun 2019 pula, berterusan jatuh sehingga 0.5%,” kata BEBAS.

Pemerhati ekonomi pula menjangkakan kadar KDNK pada tahun 2020 mungkin akan jatuh kepada negatif 5% hingga 6%.

Menurut BEBAS lagi, “Yang amat pelik dan menghairankan pada tahun 2018 dan 2019 negara belum lagi berhadapan dengan masalah COVID-19, kebetulan pula Menteri MITI yang bertanggungjawab membawa pelabur ke Malaysia adalah Timbalan Presiden Warisan sendiri iaitu Darell Leiking, tetapi kenapa kadar KDNK Sabah telah jatuh menjunam ke 0.5 peratus (0.5%).”

Hajiji walaupun baru beberapa bulan menjadi Ketua Menteri Sabah, tetapi rekod beliau mengemudi Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sabah sebelum ini telah mendapat pengiktirafan, malahan turut menerima gelaran ‘Bapa Perumahan Negeri Sabah‘.

Sepanjang Hajiji menjadi Menteri di Kementerian tersebut, perumahan rumah kos rendah telah berjaya dibangunkan hampir di seluruh Sabah malahan perumahan dan flat PPRT di beberapa daerah di Sabah juga adalah hasil kerja tangan Hajiji.

Berbanding Shafie, sepanjang 26 bulan mengetuai pentadbiran Negeri Sabah, rakyat serta pemerhati ekonomi telah memberikan gelaran ‘Bapa Pengumuman’ khusus untuk Shafie. – SABAHNEWS

 

Baca seterusnya di sini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top