Veveonah Tidak Menipu – Pengerusi UMS

MasidiManjundanVe.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.

Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan itu berkata, beliau sendiri telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Asasi Sains UMS untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu.

Masidi berkata, Veveonah sememangnya mengambil peperiksaan akhir antara 9 hingga 12 Jun, 2020.

“Veveonah merupakan pelajar contoh dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat Ijazah, di UMS,” kata Masidi lagi menerusi akaun Twitter nya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top