Varieti Padi Baharu Berhasil Tinggi Akan Diperkenal Di Sabah – Dr Jeffrey

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah akan bekerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia untuk memperkenalkan varieti padi baharu NMR152 di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, berkata sebagai permulaan, varieti padi itu akan diperkenalkan di kawasannya di Tambunan.

“Ini adalah varieti dengan hasil tuaian tinggi yang mampu mengeluarkan 10 metrik tan beras setiap hektar, berbanding hanya dua atau tiga tan dengan benih biasa.

“Ia juga mempunyai ketahanan terhadap pelbagai penyakit termasuk tungro yang berleluasa di Sabah,” katanya.

Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata di bawah kerjasama itu, Agensi Nuklear Malaysia akan menyediakan benih dan baja-bio serta racun serangga yang diperlukan dan menjalankan profailing tanah bagi memastikan pertumbuhan optimum.

“Projek ini mempunyai potensi untuk membantu kita menangani masalah tahap sara diri rendah dan sebagai bonus, ia memerlukan kurang racun serangga dan menggunakan baja mesra alam sekitar.

“Kita perlu memastikan pertanian kita melangkah ke arah pertanian organik,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top