Utamakan parti berbanding cita-cita peribadi – Ketua UMNO Beluran

umno-beluran.jpg
Kongsi Bersama

BELURAN: Ketua UMNO Bahagian Beluran, Jumail Latip menyeru ahli parti untuk terus setia kepada parti keramat ini dengan meletakkan kepentingan UMNO sebagai keutamaan.

Beliau berkata, ini termasuk menerima kedinamikan politik hari ini yang menuntut keberadaan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam kerjasama menerusi Kerajaan Perpaduan.

“Ahli UMNO perlu setia kepada kepimpinan parti dan harus meletakkan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi. Ini harus kita sematkan dalam jiwa kita kalau kita mahu berjuang.

“Juga perjuangan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan kita eratkan. Jangan ada di antara kita yang ada di sebaliknya. Kita mahu perpaduan, mahu ada kuasa.

“Kalau kita ada kuasa, insya-Allah dapat majukan kawasan dan dapat bantu rakyat. Ini paling penting untuk mendapatkan kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang diadakan di Dewan Belia dan Sukan Daerah Beluran, di sini baru-baru ini.

Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Beluran itu menampilkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Rafi Alli Hassan sebagai penceramah utama.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah Datuk Suhaimi Nasir yang juga Ahli Parlimen Libaran dan kepimpinan UMNO Bahagian Beluran.

Jumail dalam pada itu meluahkan kesyukuran dengan penganjuran jelajah penerangan ini yang membuka peluang kepada akar umbi di bahagian ini memahami isu-isu semasa berkaitan parti, termasuk kerjasama parti-parti lain dalam membentuk kerajaan.

“Saya juga minta dijelaskan mengenai kenapa UMNO bergabung dengan Dap. Ini juga jadi isu sebenarnya… ini juga isu yang perlu diperincikan.

“Jadi insya-Allah info atau maklumat yang diperoleh ini, minta dijelaskan kepada peringkat golongan akar umbi mengenai isu utama yang membelenggu ataupun berada di media sosial hari ini,” ujar beliau.

 

Sumber: UMNO Online

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top