Utamakan Ekonomi Dan Pandemik Bukan PRU15 – Mahdzir

mahdzir-khalid.jpg

PADANG TERAP 12 JUN 2018. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid. NSTP/AMRAN HAMID

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak perlu diadakan secara tergesa-gesa, sebaliknya kerajaan perlu mengutamakan pengurusan pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi rakyat dan negara terlebih dahulu.

Portal berita FMT melaporkan Mahdzir sebagai turut berkata, biarpun momentum Barisan Nasional kini memuncak berikutan kemenangan besar pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, namun gabungan itu perlu berbincang terlebih dahulu demi kepentingan rakyat.

“Apabila kita sudah mendapat satu pandangan yang tepat dan kita rasa pada waktu itu perlu untuk mengadakan PRU15, kita buatlah dan saya rasa kita masih ada waktu untuk berbincang,” katanya dalam kenyataan yang dipetik FMT.

Beliau berkata demikian susulan cadangan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat.

“Yang pertama, kita perlu mengambil kira masyarakat di luar sana, bukan parti, sebab mereka yang akan keluar mengundi. Mereka melihat kerajaan ini serius untuk melandaikan lagi kes Covid-19…rakyat hendak tengok kes menurun, jadi biarlah nampak (kes menurun).

“Keduanya, pemulihan ekonomi perlu dilakukan segera kerana pengusaha kecil, pengilang, pekerja dan golongan profesional yang terjejas dengan pandemik mahu memulakan kehidupan.”

Beliau berkata, waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU15 ialah selepas pandemik Covid-19 reda dan ekonomi semakin pulih.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top