IPOH: Pendakwah dan penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding di kerusi Parlimen Larut, tidak sampai 24 jam selepas beliau dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan.
Penarikan diri Ustaz Kazim dimaklumkan oleh Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang media bagi mengumumkan barisan calon bagi kerusi DUN di sini hari ini.
Malam tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ustaz Kazim akan bertanding di Larut bagi mewakili gabungan itu.
Berikutan penarikan diri Ustaz Kazim, tempatnya sebagai calon BN Parlimen Larut diganti oleh
Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.
Komen