USNO Nyatakan Pendirian Sokong Polisi Kerajaan

pandikar-4.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang telah dilantik sebagai Presiden USNO baharu, berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis Pemilihan USNO Sesi 2021/2024, pada Jumaat.

“Kita sudah menghantar permohonan kita, jadi kita masih menunggu. Sama ada kita diterima atau tidak, itu terpulang kepada pemimpin.

“Tetapi kita mengharapkan bahawa tidak adalah kawan-kawan di sebelah sana itu akan membantah.

“Baru-baru ini saya mendapat pelantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, sebagai perutus khas Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA).

“BIMP-EAGA ini setahu saya, badan yang diasas oleh kerajaan. Jadi takkan pemimpin dari pembangkang pula dilantik oleh kerajaan.

“Jadi, kalau itulah hakikat yang sebenar, kita menganggap kita ini adalah pro-kerajaan,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah kerusi yang ingin dipertandingkan dalam pilihan raya akan datang, beliau menyatakan bahawa pendirian USNO tidak semestinya bertanding.

“Sebelum saya memimpin parti USNO, saya pernah memimpin parti-parti kecil dahulu. Setiap parti apabila diwujudkan, ianya mempunyai aspirasi untuk bertanding.

“Tetapi bagi kita di USNO sekarang ini, kita tahu saiz kita. Saiz USNO sekarang ini, kalau saya, saya boleh takrifkan sebagai baju bersaiz kecil.

“Bermakna kalau pun kita mempunyai aspirasi untuk bertanding. Kita tidak akan bertanding dengan banyak-banyak,” katanya lagi.

Turut dilantik dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden USNO, Matbee @ Matbeh Hj. Ismail, sebagai dan Naib Presiden USNO, Datuk Hamzah Sundang.

“Sekarang ini USNO mempunyai barisan kempimpinan baru, semoga barisan baru ini akan mempunyai juga idea-idea baru.

“Idea yang boleh menarik minat ataupun perhatian orang ramai pada pilihan-pilihan raya yang akan datang kerana piihan raya ini bukan sekali, ada masa-masa tertentu kita adakan pilihan raya.

“Kita adakan sidang media pada hari ini untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa parti ini masih lagi bernafas dan boleh berjalan menuju kehadapan, sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila,” tambahya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top