USNO Mahu Kembalikan Kegemilangan Sabah

usno.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Pengarah Jentera Pilihan Raya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Nani Sarom, berkata partinya bertanding untuk mengembalikan kegemilangan Sabah, yang dikecapi semasa negeri itu bawah pentadbirannya.

Jelasnya, pada masa itu, generasi lama mampu mentadbir Sabah dengan baik hinggakan pernah menjadi negeri terkaya.

“Selepas dipinjam Umno sejak 26 tahun yang lalu juga, akhirnya ia terpinggir dan tidak mendapat apa-apa impak dari perjuangan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran jentera Usno zon Sandakan semalam.

Usno mentadbir Sabah dari 1967 hingga 1976. Selepas pendaftarannya terbatal pada 1996, ia didaftarkan secara rasmi sebagai Usno Baru pada 2013.

Nani percaya Usno masih dihati rakyat yang juga mahukan perubahan.-FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top