USIA Beaufort Beri Sumbangan Kepada Ahli Terkesan Kebakaran Di Kg. Landung Ayang

USIA-Beaufort.jpg

Ustaz Jaludin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang KIR yang merupakan ahli USIA bahagian Kudat.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Cawangan Beaufort telah menghulurkan sumbangan kepada 15 ketua isi rumah (KIR) terkesan bencana kebakaran di Kampung Landung Ayang, Kudat.

Pengerusinya, Haji Ruslan Muharam berkata, ia adalah untuk meringankan beban KIR mangsa bencana kebakaran.

Menurutnya, 15 penerima sumbangan ini merupakan ahli USIA Kudat dan setiap mereka menerima wang tunai RM150.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Haji Ustaz Jaludin Kadir di Pejabat Pentadbiran Masjid Asy-Syakirin Kudat, kelmarin.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berharap, hubungan sesama masyarakat akan terjalin erat seiring dengan matlamat USIA yang mementingkan perpaduan ummah.

Rombongan USIA Beaufort seramai 26 orang itu seterusnya mengadakan kunjungan hormat kepada Yang DiPertua USIA Negeri Sabah, Datuk Haji Sairin Karno dan USIA Penampang. –Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top