Usaha Promosi Sukan Tradisi Perlu Diperkasa

elron-1.jpg

Ellron beraksi melastik yang merupakan salah satu acara Sukan Tradisi yang dipertandingkan.

Kongsi Bersama

KENINGAU: Usaha mempromosi sukan tradisi suku kaum Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) kepada umum perlu diperkasa.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, agensi-agensi dalam Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta agensi yang terlibat haruslah mempergiat usaha dalam memperkenalkan sukan tradisi menerusi kempen dan program yang berkaitan.

“Program sukan tradisi ini merupakan wadah terbaik untuk memperkenalkan sukan tradisi dan salah satu kaedah efektif untuk memperkanal keunikan sukan-sukan tradisi ini adalah melalui media sosial, memandangkan media sosial merupakan satu medium pantas dan meluas pada hari ini.

“Pertandingan sukan tradisi ini harus diteruskan malah perlu diadakan secara lebih meluas agar sukan tradisi ini dikenali ramai bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat lebih tinggi.

Menyumpit turut mencari salah satu acara yang dipertandingkan pada Majlis Pertandingan Sukan Tradisi Sempena Pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri Sabah

“Meskipun sudah dua tahun sukan tradisi ini diadakan secara hibrid ataupun secara pertunjukan maya, hari ini kita bersyukur kerana dapat meraikannya secara fizikal dan para pengunjung dapat merasai dan menyaksikan sendiri sukan-sukan tradisi dengan lebih dekat,” katanya semasa merasmikan Majlis Pertandingan Sukan Tradisi Sempena Pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Pusat Kraftangan, Keningau pada Jumaat.

Pada majlis yang sama, Ellron turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sukan tradisi dalam acara menyumpit, membujak dan melastik serta pertandingan baju tradisi terbaik.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah (LSS), Osman Aganduk, Timbalan Pengerusi LSS, Janih Bangud dan wakil KDCA, Pengurus Besar LSS, Terrance Edward Pudin. – Jabatan Penerangan Sabah

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top