Usaha Kerajaan Sabah Komersialkan Tanaman Avocado Disambut Baik

jamawi.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Penguasaha tanaman Avocado di negeri ini menyambut baik usaha kerajaan Negeri yang memperuntukan seluas 8,000 ekar tanah di perantaraan daerah Tenom dan Sipitang bagi tujuan penanaman buah bernilai tinggi itu secara komersial .

Bekas Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar yang terlibat secara aktif dalam penanaman avocado berkata, langkah itu mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dengan slongan Sabah Maju Jaya untuk melihat industri pertanian terutamanya dalam tanaman avocado sebagai salah satu sumber ekonomi yang boleh dimajukan bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi negeri dan rakyat.

“Pada tahun 2019 kita masih  mengimport lebih kurang 100 juta buah avocado dari luar negara dan ini menunjukan bekalan buah avocado kita belum dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan,“ katanya ketika di temui di sini sebagai mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengenai langkah kerajaan negeri memperuntukkan 8,000 ekar tanah bagi penanaman avocado secara komersial.

Jamawi

Menurut Hajiji usaha tersebut merupakan tindakan kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi khususnya dalam bidang pertanian sejajar dengan aspirasi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Dalam pada itu Jamawi yang juga bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diberikan amanah untuk mengusahakan projek tersebut  dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya terutamanya dalam bidang kepakaran teknologi, pemilihan variati tanaman dan pengurusan ladang,

Menurut beliau, Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika Negeri Sabah (MASDA) di mana beliau sendiri  menjadi ahli seumur hidupnya bersedia menghulurkan bantuan dan kerjasama dengan kerajaan negeri atau GLC yang diamanahkan melaksanakan projek berkenaan.

“Persatuan ini mempunyai pengalaman dan tenaga pakar dalam industri  ini dan beredia memberikan bantuan serta kerjasama  untuk membangunakan  projek ini,“ katanya.

Jamawi menambah kerjasama menang-menang ini akan memastikan projek tanaman seluas 8,000 ekar itu kelak akan memberikan manafaat kepada kerajaan dan pekebun-pekebun kecil di luar bandar.

Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berharap kerajaan khususnya Jabatan Pertanian dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil penanaman avacoda terutama di luar bandar dengan memberikan khidmat latihan, bantuan baja racun dan pemasaran.

“Kita yakin industri pertanian khususnya penamaman avocado mempunyai prospek jangka panjang untuk menjana ekonomi rakyat khususnya di luar bandar selain mempenuhi permintaannya, harga di pasaran buah avocado juga cukup tinggi,” tambah beliau.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top