Usaha Berterusan Merakyatkan Perkhidmatan Demi Pastikan Tiada Yang Tercicir – Shahelmey

IMG-20211025-WA0007.jpg
Kongsi Bersama

KUDAT: Usaha merakyatkan perkhidmatan kepada masyarakat akan terus dilakukan dalam memastikan tiada golongan terpinggir di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata usaha itu akan diteruskan ke seluruh negeri Sabah.

“Kementerian saya akan terus berusaha untuk merakyatkan perkhidmatan kepada seluruh rakyat negeri Sabah.

“Tidak kira sama ada mereka yang berada di luar bandar ataupun di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Logo Baharu Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) di Kampung Koniungan Darat, Matunggong pagi tadi.

Terdahulu, semasa program tersebut, Shahelmey berkata bahawa pelancaran logo baharu ini membuktikan setapak lagi peningkatan PPKK di negeri ini yang juga tersenarai dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025

Jelasnya, kementeriannya juga akan terus berusaha agar PPKK di negeri ini terus berkembang.

“Sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya, Kerajaan bertekad untuk mewujudkan 2 buah PPKK setiap tahun bermula tahun ini sehingga 2025.

“Semoga ia menjadi identiti yang mengukuhkan lagi perkhidmatan kepada golongan sasar iaitu kanak-kanak.

“Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah akan terus meningkatkan usaha agar PPKK terus berkembang bukan sahaja dari segi pembelajaran asas tetapi juga pendidikan ke arah kehidupan seimbang” jelasnya.

Sebagai rekod, terdapat 35 buah PPKK di negeri Sabah di bawah JPKA dan PPKK Koniungan Matunggong merupakan PPKK yang pertama ditubuhkan di Sabah pada tahun 1995.

PPKK merupakan pusat tempat kanak-kanak di beri pendidikan asas seperti menulis, membaca dan mengira di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai sekolah pendidikan awal seperti tadika.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top