Urusan Kerajaan PN Berjalan Seperti Biasa, MP Umno Tidak Ikut Keputusan Parti

PMO.jpg
Kongsi Bersama

Urusan pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa bagi Perikatan Nasional (PN) walaupun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan parti itu menarik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana sebarang keputusan parti politik itu berhubung sokongannya kepada kerajaan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Disebabkan itu, apa yang bakal menentukan kelangsungan pentadbiran Muhyiddin adalah sama ada beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen seperti yang termaktub dalam Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Perlembagaan, perdana menteri hanya perlu meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak mendapat sokongan undi percaya di Dewan Rakyat.

Dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno kepada beberapa kumpulan, kenyataan presidennya perlu diuji, kata seorang peguam kanan Perlembagaan.

 

Baca seterusnya di Malaysia Now


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top