UPPM DUN Usukan Anjur Jualan Murah Keluarga Malaysia

jualan-dun-usukan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Satu program jualan murah akan diadakan di Kedai Runcit Sri Pengkalan, Kg Pengkalan Abai, dekat sini pada Ahad, 25 September ini.

Dinamakan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia, ia merupakan anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Usukan.

ADUN Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (SSK) dalam hantarannya di Facebook mengalu-alukan warga DUN Usukan, terutama dari Mukim Ambong untuk mengambil peluang dalam jualan murah itu.

Program itu menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus bagi beberapa jenis barang keperluan asas seperti ayam, ikan, telur, gula, minyak, sayur, tepung dan beras.

“Jangan lepaskan peluang ini yang memberi manfaat khususnya penduduk DUN N.10 Usukan,” catat SSK dalam hantaran itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top