UPKO Tuaran Hulur Sumbangan Kepada Penduduk Terjejas Banjir

upko-tuaran.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran memberikan sumbangan 400 pakej makanan kepada penduduk terjejas banjir di sini.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Parlimen Tuaran, Andrew Gideon berkata, bantuan itu akan disampaikan kepada mereka yang terkesan di Tuaran, Tamparuli dan Kiulu.

“Kita berterima kasih kepada ahli-ahli UPKO yang sudi menyalurkan derma ikhlas untuk tujuan penyediaan pakej makanan ini.

“Selain ahli UPKO, kita juga menerima sumbangan daripada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bagi membantu mereka yang terkesan juga boleh berhubung dengan saya.

“Beberapa siri sumbangan juga akan diadakan untuk membantu penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Andrew berkata demikian selepas penyerahan sumbangan di pejabat UPKO Sulaman di sini pada Rabu lepas.

Penyampaian pakej makanan itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan disempurnakan Datuk Dr Jaina Sintian, isteri kepada Ahli Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Menurut Andrew, Datuk Seri Madius yang tidak dapat hadir untuk menyampaikan pakej makanan berkenaan kini berada di Kuala Lumpur menjalani kuarantin 14 hari bagi mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum bersidang di Parlimen Malaysia pada 2 November depan. -Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top