UPKO Sertai PH

upkoo.png
Kongsi Bersama

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) diumumkan menjadi parti komponen terbaru Pakatan Harapan (PH).

Penyertaan parti berpangkalan di Sabah itu diumum Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail petang ini.

Upko ketika ini diketuai Wilfred Madius Tangau yang juga ahli parlimen Tuaran.

Ketika ini ada tiga parti yang membentuk PH iaitu PKR, Amanah dan DAP, selepas Bersatu dibawa keluar meninggalkan gabungan berkenaan pada Feb tahun lalu.

Ia kemudian menyaksikan PH – yang mendapat mandat untuk menguasai Putrajaya melalui PRU ke-14 lalu – dijatuhkan.

Perkembangan itu juga menyaksikan kemelut politik dalam negara berlarutan sehingga kini.

BERITA

Terkini

Global

Sukan

Seni & Hiburan

MKINI

Tentang Mkini

Pengiklanan

Langganan

Kerjaya

PENDAPAT

Kolum

Surat

Ulasan

CartoonKini

HUBUNGI KAMI

Email

Hubungi

Whatsapp

Alamat

LAIN-LAIN

Jejak Wabak

Makmal Berita

Laporan Khas

Wawancara

Parlimen

KiniTV

LAGI

Pengumuman

Acara

nowEternal

Kiniacademy

Undi.info

Subscribe

Sign In

EN

BM

ZH

TA

BERITA

Upko sertai Pakatan Harapan

Diterbitkan 34 minit lepas

Dikemaskini 4 minit lepas

1

A

+

A

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) diumumkan menjadi parti komponen terbaru Pakatan Harapan (PH).

Penyertaan parti berpangkalan di Sabah itu diumum Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang ini.

Upko ketika ini diketuai Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang juga ahli parlimen Tuaran.

Ketika ini ada tiga parti yang membentuk PH iaitu PKR, Amanah dan DAP, selepas Bersatu dibawa keluar meninggalkan gabungan berkenaan pada Feb tahun lalu.

Ia kemudian menyaksikan PH – yang mendapat mandat untuk menguasai Putrajaya melalui PRU ke-14 lalu – dijatuhkan.

Selepas gagal mendapatkan kembali kerajaan ekoran pengunduran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, daripada jawatannya sebagai perdana menteri minggu lalu, PH kini dalam usaha memperkukuh gabungan tersebut.

Beberapa pemimpin parti komponennya menggesa agar PH mempelawa parti lain untuk menyertai mereka sebagai persediaan menghadapi PRU ke-15 tidak lama lagi.

Untuk rekod sebelum ini Upko merupakan sebahagian daripada anggota BN namun meninggalkan gabungan berkenaan selepas PRU lalu dan memihak kepada Warisan – sebuah lagi parti yang berpangkalan di Sabah.

Pagi tadi Ketua Pemuda Upko Felix Joseph Saang berkata semua parti pembangkang wajar mempertimbangkan pelawaan PH untuk menyertai mereka.

“Pembangkang harus terlebih dahulu menyelesaikan perbezaan sesama mereka sebelum dapat membuat dasar bersama dan rancangan yang efektif untuk membawa negara ke depan, seperti menangani pandemik serta memulihkan ekonomi,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.-Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top