UPKO sedia hadapi PRN awal, kata Ketua Pemuda

Felix-Joseph-Saang.jpg

Felix Joseph Saang

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: UPKO, parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang berpangkalan di Sabah, berkata ia bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) awal di tengah-tengah ketidakpastian sama ada gabungan itu akan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN tersebut.

Ketua Pemudanya, Felix Joseph Saang, berkata sayap itu “bersedia pada bila-bila masa” sekiranya pilihan raya negeri diadakan lebih awal daripada yang dijadualkan pada September 2025.

Beliau berkata persiapan telah dibuat dan usaha memperkasakan parti telah dilaksanakan di semua peringkat.

“Apa yang diperlukan ialah Pemuda memantapkan parti dan bekerjasama rapat di semua peringkat di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Ini termasuk mendekatkan diri dengan pengundi dan membantu rakyat yang memerlukan, terutama ketika kos sara hidup dan pendidikan menjadi cabaran,” katanya.

Saang berkata demikian semasa program retreat Pemuda UPKO di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick hadir merasmikan acara dua hari itu, yang turut dihadiri pimpinan kanan parti.

Pada Ahad, dua timbalan pengerusi GRS, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (STAR Sabah) dan Tan Sri Pandikar Amin (USNO), berkata mereka lebih suka melihat gabungan pemerintah negeri itu bertanding bersendirian di semua 73 kerusi DUN pada PRN tersebut.

Sebelum ini pandangan yang sama pernah disuarakan oleh Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden SAPP, sebuah lagi parti yang menganggotai GRS.

Sumber: The Star

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top