Upko Libaran Terima Lebih 1,000 Ahli Baharu

upko-libaran.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menerima lebih 1,100 ahli baharu sebagai tambahan kepada hampir 8,000 ahli UPKO Libaran.

Ketua Bahagian Libaran Dr Peter Jr Naintin berkata, daripada jumlah itu 735 ahli baharu daripada 29 cawangan sedia dan selebihnya daripada cawangan-cawangan yang baru sahaja ditaja.

“Cawangan baharu itu termasuk Gum-Gum Jaya, Sebait Jaya, Sg.Manila Peringkat 3, Sg.Manila Peringkat 4, Pulau Libaran, Kg. Sinar Harapan dan Kg.Sg Kapur.

“Kesemua borang keahlian diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau semasa program Gelombang Pantai Timur 2.0 baru-baru ini,” katanya.

Dr Peter berkata, ketika ini UPKO Libaran mempunyai lebih 60 cawangan dengan jumlah keahlian hampir mencecah 8,000 ahli.

Beliau berkata kemasukan ahli-ahli baharu dalam parti itu akan memantapkan lagi perjuangan dan kedudukan parti itu sebagai sebuah Parti berbilang kaum di Pantai Timur Sabah.

“Semakin hari semakin ramai yang ingin menyertai UPKO yang Fokus, Berani dan Ikhlas sebagai peneraju perjuangan rakyat jelata,” katanya.

Gelombang Pantai Timur 2.0 dilancarkan oleh Madius bersama-sama Ketua-ketua Bahagian UPKO di Pantai Timur Sabah iaitu Datuk Basari Sarkun (Silam); Datuk Johnny Intang (Kinabatangan); Felix Joseph Saang (Beluran), Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang lain dan Dr Peter Jr Naintin (Libaran) selaku tuan rumah pada kali ini. – Nabalu News

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top