Upko Libaran Terima Lebih 100 Keahlian Baharu

IMG_20220122_101649.jpg
Kongsi Bersama

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran telah menerima kemasukan lebih 100 ahli baharu baru-baru ini.

Ketua Bahagian Libaran Dr Peter Jr Naintin berkata, sejak awal bulan ini Upko bahagian itu aktif menerima keahlian baharu antaranya dari kawasan Gum-Gum, Sungai Manila dan Sungai Sibuga, Sandakan.

Beliau berkata, Upko Libaran akan terus berusaha menambah keahlian dan mewujudkan cawangan baharu di kawasan itu bagi memantapkan lagi kekuatan parti tersebut.

“Baru-baru ini, kita menerima keahlian baharu daripada Cawangan Kg Sungai Kapur, Ulu Dusun, Batu 30, Sandakan dan Cawangan Kg Nelayan Sungai Manila.

“Selain itu penajaan Cawangan UPKO Peringkat 3, Sg Manila dengan ahli baharu seramai 53,” katanya.

“Terdapat beberapa cawangan baharu yang akan ditaja pada bulan ini setelah kami menerima permintaan daripada para penduduk di kawasan Batu 25, Jalan Labuk, Sungai Dusun, Dandulit, Sungai Manila, Sungai Batang dan Pulau Libaran,” tambah beliau.

Pada Disember tahun lalu, Upko Libaran menerima lebih 1,100 ahli baharu sebagai tambahan kepada hampir 8,000 ahli sedia ada di kawasan itu.

Dr Peter berkata, ketika ini Upko Libaran mempunyai lebih 60 cawangan.

Katanya, kemasukan ahli-ahli baharu dalam parti itu akan memantapkan lagi perjuangan dan kedudukan parti itu sebagai sebuah parti yang berbilang kaum.

Berita asal: Nabalu News.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top