HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di tapak perkhemahan popular berhampiran Batang Kali di Selangor.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan di Twitter berkata setakat jam 9.15 pagi, seramai 92 mangsa telah ditemui.
Hasil siasatan mendapati 53 mangsa yang ditemui selamat, 7 cedera dan lapan meninggal dunia. Sehingga kini operasi SAR masih diteruskan.
Tanah runtuh berlaku kira-kira jam 3 pagi di Father’s Organic Farm.
Pasukan penyelamat dari Selangor dan Pahang turut serta dalam pencarian.
Tanah runtuh itu meliputi kawasan seluas sekitar satu ekar (0.4 hektar).