Undi Rosak Melebihi Majoriti, BN Akan Fail Petisyen Bagi DUN Bukit Batu

PRN-johor.jpg
Kongsi Bersama

Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan petisyen pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, susulan undi rosak jauh lebih banyak daripada majoriti, kata Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Beliau berkata, keputusan DUN itu menyaksikan calon BN daripada MIC, S Suppayah tewas dengan perbezaan 137 undi berbanding undi rosak yang difahamkan melebohi 600 undi.

“Kita telah membuat bantahan, tetapi oleh kerana saya diberitahu bantahan itu harus dibuat melalui saluran tersebut, maka kita akan membuat rayuan kepada mahkamah supaya kita dapat memastikan pengiraan undi itu dibuat secara betul,” katanya menurut laporan Awani.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengiraan semula kertas undi bagi DUN Bukit Batu.

Difahamkan, BN meminta pengiraan semula itu dibuat selepas keputusan tidak rasmi menyaksikan calon PKR, Arthur Chiong Sen Sern memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 137 undi.

Chiong mendapat 9,439 undi, manakala Suppayah meraih 9,302 undi. Calon Perikatan Nasional (PN), Tan Heng Choon memperoleh 3,989 undi dan calon Warisan, Lee Ming Wen mendapat 1,349 undi.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top