UMS Serah Pek Makanan kepada Petugas Barisan Hadapan, Rumah Kebajikan

UMS-makanan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sukarelawan JHEP telah mengadakan program Semarak Kasih Ramadan 1443H di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) dan Rumah Amal Kasih Kingfisher, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, sebanyak 300 pek makanan disumbangkan kepada para petugas barisan hadapan dan penghuni Rumah Amal Kasih.

Program ini diadakan atas rasa prihatin terhadap petugas barisan hadapan dalam merawat pesakit lebih-lebih lagi dalam keadaan berpuasa.

Selain daripada itu, ia juga dapat memupuk rasa keinsafan terhadap golongan yang kurang bernasib baik terutama penghuni Rumah Amal Kasih yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin.

Penyerahan sumbangan di HQE disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Nurlaila binti Said kepada Timbalan Pengarah Klinikal 1, Dr. Yogendra Panchalingam.

Manakala penyerahan sumbangan di HWKKS dan Rumah Amal Kasih disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin kepada Pengarah HWKKS Dr. Marcus Netto, dan Pengurus Rumah Amal Kasih, Jamrie Sarapih.

Turut hadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Mohd. Raffie Hj. Janau dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Eliezer Navell Anthony – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top