UMS, JCU Australia Bakal Kerjasama Pulihkan Pelancongan Budaya Pasca Pandemik

UMS-Australia.jpg

Awangku Hassanal (kanan) bersama mantan Dekan FPEP, Datuk Kasim (duan dari kanan) selepas menandatangani surat niat bersama JCU secara dalam talian. Gambar UMS.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi danPerakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) danKolej Perniagaan, Undang-undang dan Governan, James Cook University (JCU), Australia akan memulakan kerjasama yang menghubungkan inisiatif pelancongan budaya di Australia, Malaysia, Indonesia, dan Filipina melalui siri seminar danbengkel perkongsian pengalaman.

Seminar tersebut dijangka akan memberi ruang kepadaMalaysia, Australia, Indonesia dan Filipina dalammenyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap pandemikCOVID-19, selain membentuk kapasiti yang lebih besar dalammeremajakan pelancongan budaya pasca pandemik.

Hasil utama projek ini adalah untuk tapak pelancongan budayamengadaptasi dengan norma baharu, mempelbagaikan aktivitiekonomi mereka dan berinovasi untuk memberi manfaatkepada komuniti mereka dan terutamanya kepada golonganwanita dan belia.

Menurut Ketua Program Pengurusan Pelancongan FPEP, Profesor Madya Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, siri seminar yang bakal diadakan itu mendapat pembiayaandaripada Geran Majlis Australia-ASEAN di bawah JabatanHal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Australia denganjumlah keseluruhan sebanyak AUD$81,000.

“Ini adalah salah satu projek penting bagi FPEP dan diharap kolaborasi antarabangsa seperti ini akan membantu Program Pelancongan di UMS mencapai status teratas dalam ranking subjek pelancongan di Malaysia.

“Saya sangat teruja terhadap impak melalui projek ini yang pasti akan menyumbang kepada peningkatan pelancongan kebudayaan bukan sahaja di Sabah tetapi di negara ASEAN yang lain,” katanya.

Tambah Awangku Hassanal, tarikh penganjuran seminar tersebut akan diperhalusi sebelum mendapat persetujuan oleh pihak penganjur.

Sementara itu, ketua projek kerjasama James Cook University, Dr. Denis Tolkach berkata projek berkenaan bukan sahaja akan membangunkan kapasiti inisiatif pelancongan budaya pasca pandemik, malah ia akan membawa kepadaperancangan untuk mewujudkan hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan organisasi pelancongan di Malaysia, Filipina, Indonesia dan Australia.

“Kerjasama yang akan dijalankan ini diharap dapat mempromosikan pelancongan dengan lebih giat dan lestari di negara-negara ASEAN dan Australia,” katanya.

Kerjasama UMS dan JCU kali ini merupakan kesinambungankepada surat niat yang telah ditandatangani oleh kedua-duapihak pada September 2021 bagi meneroka projek pemulihanpelancongan budaya dan penganjuran seminar pemasaranpelancongan budaya.

Surat niat tersebut telah ditandatangani oleh mantan Dekan FPEP UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Md. Mansur bersamaDekan Kolej Perniagaan, Undang-undang dan Governan JCU, Prof. Stephen Boyle.

Selain JCU, FPEP telah menjalin bekerjasama di peringkat global bersama beberapa rakan universiti dari negara Jerman, Jepun dan Indonesia. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top