UMS Hasilkan Mesin Bersihkan Sungai

mesin-UMS.jpg

Mesin Pembersih Sungai UMS. (Gambar kecil: Dr Jidon)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menghasilkan prototaip mesin pembersihan sungai untuk menyelesaikan masalah pencemaran sungai yang semakin membimbangkan.

Inovasi yang dikenali sebagai UMS River Cleaning Machine atau Mesin Pembersihan Sungai UMS itu boleh mengutip sampah dan sisa pepejal sehingga 60 liter atau 90 peratus sampah di sungai.

Menurut penyelidik dan pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersilan UMS, Profesor Dr Jidon Adrian Janaun, mesin itu telah disiapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pembinaan prototaip ini bermula pada 2018 dan telah siap secara berperingkat semasa PKP yang lepas.

“Ia dibina dengan peruntukan universiti RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Jidon, usaha inovasi itu sebagai menyahut seruan Kerajaan Negeri Sabah untuk memulihkan beberapa sungai tercemar di kawasan bandar.

Beliau berkata jika sungai dipulihkan, ia akan dapat menyediakan ruang untuk pelbagai aktiviti yang boleh menjana ekonomi masyarakat setempat serta meningkatkan keindahan dan kebersihan alam semula jadi.

“Projek ini turut mendapat sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang turut menyumbang dana sebanyak RM30,000.

“Pada masa ini, UMS dan kerajaan negeri masih dalam peringkat perbincangan untuk lokasi pemasangan dan butiran pembiayaan,” tambah Dr Jidon.

Beliau berkata jika mesin itu dibina menggunakan aluminium dan keluli tahan karat, ia mampu bertahan sehingga lima tahun.

Antara sungai yang dijangka menggunakan jentera ini ialah Sungai Darau Manggatal, Sungai Petagas, Sungai Sembulan dan Sungai Putatan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top