UMS Antara Universiti Paling Mampan Di Dunia

UMS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengorak langkah menjadi sebuah kampus lestari sepenuhnya dengan melaksanakan penghayatan konsep EcoCampus.

Sistem Penarafan Universiti Dunia UI GreenMetric adalah inisiatif Asia yang dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2010 untuk menilai prestasi institusi pengajian tinggi (IPT) berhubung penghayatannya terhadap konsep kemampanan ekosistem ini.

Menurut kenyataan UMS katanya, bagi tahun ini, daripada 1,050 jumlah penyertaan IPT di seluruh dunia, UMS melonjak 14 anak tangga iaitu dari kedudukan ke-67 kepada 53 atau lima peratus universiti paling mampan.

Katanya, walaupun dikategorikan sebagai universiti komprehensif, UMS kekal tangga ke-3 di Malaysia di belakang dua universiti penyelidikan terkemuka tempatan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) dengan perbezaan masing-masing tiga dan satu peratus.

“Pada tahun 2021, UMS menduduki tempat yang lebih rendah berbanding UPM dan UM dengan perbezaan empat peratus.

“UMS telah mengambil bahagian dalam inisiatif UI GreenMetric sejak 2014 sebagai pendekatan untuk menilai keupayaannya dalam agenda pembangunan mampan Sabah. Kedudukan UMS menunjukkan ia sedang maju ke hadapan di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian menjadi universiti ke-53 paling mampan di dunia adalah hasil usaha serta aspirasi kolektif daripada semua fakulti dan pusat di UMS.

“UMS akan meningkatkan usaha ke atas kelestarian mampan dengan memperkenalkan komponen fakulti dan pusat tertentu sebagai makmal hidup pada 2023.

“Makmal hidup adalah perkongsian rasmi antara kumpulan penyelidik UMS, pemain industri dan komuniti untuk menyelesaikan masalah sosio-ekonomi tertentu,” katanya.

Justeru, katanya, masalah berterusan seperti peningkatan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa mampan dan keselamatan air di kampus sentiasa menjadi tumpuan di UMS.

“Universiti akan terus mensosialisasikan hasil keluarannya melalui makmal hidup ini, seperti penetasan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Marin Borneo.

“Pembiayaan awal sebanyak RM500,000 telah pun diperuntukkan tahun ini untuk tujuan tersebut,” katanya.

Katanya, UMS berhasrat untuk mengemukakan makmal hidup yang ditubuhkan itu kepada pihak berkuasa pendidikan Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pusat kecemerlangan negara terutamanya dalam bidang sains. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top