UMS Agih 350 Bakul Makanan Di Kampung Bolong Baru

DARD-ramadan.jpg

Abdul Rahman menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penduduk Kampung Bolong Baru.

Kongsi Bersama

TUARAN: Sebanyak 350 bakul makanan diagihkan kepada penduduk Kampung Bolong Baru dalam satu Majlis Ihya Ramadan bersama Komuniti anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Masjid Haji Sidek di sini, baru-baru ini.

Penyerahan tersebut sebagai salah satu usaha UMS bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 sekali gus sebagai amal jariah sempena bulan Ramadan yang mulia.

Penyampaian disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.

Rahman mengambil gambar kenangan bersama selepas menunaikan solat berjemaah di Masjid Haji Sidek.

Hadir sama, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, dan Pengerusi Masjid Haji Sidek, Mohd Hadri Mohd Dait.

Rahman kemudiannya berbuka bersama-sama penduduk sebelum menunaikan solat fardhu dan sunat Tarawih secara berjemaah di masjid berkenaan.

Ihya Ramadan Bersama Komuniti telah bertandang ke Masjid Al Manshor, Kampung Tamau Kota Belud pada Sabtu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top