Umno Yakin Tawan Semula Parlimen Sepanggar

yakub-3.jpg

Yakub sedang berucap pada majlis Taklimat dan Bengkel Persiapan Jentera PRU15 anjuran Umno Bahagian Sepanggar.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Umno melahirkan keyakinan ‘Kerusi Parlimen Sepanggar’ mampu ditawan semula berdasarkan stiuasi semasa rakyat kini kembali memilih kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Haji Yakub Khan, berkata, Umno Sepanggar berikrar memberi sokongan penuh kepada calon diputuskan pucuk pimpinan nanti sekali gus memastikan menang dengan majoriti besar pada PRU15 nanti.

Katanya, selera pengundi Sepanggar kini lebih cenderung kepada BN apabila dibuktikan dengan beberapa kajian dijalankan khususnya di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Sepanggar.

“Kita bukan bercakap besar, tapi ini merupakan realiti apabila pengundi muak dengan keadaan senario politik yang tidak stabil menyebabkan rakyat menderita.

“Rakyat inginkan kerajaan yang stabil disamping calon Ahli Parlimennya bersama-sama dalam kerajaan agar pembangunan serta permasalahan rakyat akan dapat dinikmati rakyat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat dan Bengkel Persiapan Jentera PRU15 serta Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Bahagian Sepanggar di sini kelmarin.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beberapa persiapan ke arah PRU15 sedang giat dijalankan bagi memastikan hasrat menawan ‘Kerusi Parlimen Sepanggar’ dapat direalisasikan pada PRU15 nanti.

“UMNO Sepanggar bekerja bukan bermusim malah sentiasa mendampingi rakyat tanpa mengira latar belakang politik menyebabkan faktor utama mereka yakin BN adalah pilihan tepat,” katanya.

Ketika berucap dalam taklimat tersebut Yakub merupakan Timbalan Pengerusi Umno Sabah berkata, semua gerak kerja perlu diaktifkan segera bagi memastikan jentera pilihan raya dapat beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Signal PRU15 semakin dekat…semua jentera perlu bersiap sedia dengan tugas hakiki mereka. Kita yakin Umno sangat berpengalaman dalam kerja-kerja PRU selepas berhadapan dengan beberapa siri pilihan raya,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top