Umno Tiada Majoriti, Tak Berhak Paksa Bubar Parlimen – DSAI

anwar.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Umno bahawa hak prerogatif untuk memanggil pilihan raya umum kekal berada di tangan perdana menteri bukan ahli parlimen secara individu.

“Umno berapa kerusi? 38? Dalam sistem kita 38 ahli parlimen tidak boleh paksa keputusan,” katanya kepada pemberita di Subang Jaya pada Ahad.

Umno kini mempunyai 37 ahli parlimen di Dewan Rakyat dengan Ahli Parlimen Pekan Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara kerana rasuah.

“Keputusan harus dibuat dengan wewenang PM. Sekiranya PM itu mempunyai kekuatan untuk bertindak dengan waras sebagai perdana menteri,” kata Anwar selepas pelancaran buku terbarunya, “Script For a Better Malaysia.”

Presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Tertinggi Umno supaya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat dan memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 pada tahun ini.

Sumber: Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top