UMNO Tawau Sedia Tanding Kerusi Parlimen

ghazalie.jpg

Ghazali

Kongsi Bersama

TAWAU: UMNO Tawau bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang sekiranya mendapat arahan daripada pucuk pimpinan di peringkat pusat.

Ketua Bahagian UMNO Tawau, Ghazali Ansing berkata memang sebelum ini kerusi Parlimen Tawau ditanding oleh parti komponen iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Bagaimanapun, sekiranya kita diarahkan oleh pucuk pimpinan untuk bertanding di kerusi itu, UMNO Tawau sudah cukup bersedia merampas kembali Parlimen Tawau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Jentera kita juga sudah cukup bersedia menghadapi PRU15, walaupun ia akan diadakan dalam tempoh yang terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 1,000 golongan asnaf di daerah ini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Hamild Awang , di sini semalam.

Ghazali berkata, pihaknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan di peringkat negeri dan pusat untuk menentukan hala tuju UMNO Tawau.

Mengulas mengenai hubungan UMNO Tawau dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), katanya kedua-dua parti ini masih bersahabat.

“Hubungan UMNO Tawau dan rakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang lain masih baik dan bersahabat mengenai hala tuju PRU akan datang,” katanya.

Terdahulu, sumbangan yang diberikan dalam majlis tersebut adalah hasil kerjasama ADUN Balung, Common Tower Technologies Sdn Bhd dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

 

Berita asal: Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top