UMNO tangguh Perhimpunan Agung Susulan Darurat, PKP

umno.jpg
Kongsi Bersama

KUALA  LUMPUR: Umno menangguhkan perhimpunan agung parti itu yang sepatutnya diadakan 30 Jan ini.

Setiausaha agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu dibuat susulan proklamasi darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan.

“Tarikh baru akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, perhimpunan agung Umno (PAU) dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Jan ini.

Ahmad Maslan berkata, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju pemilihan parti itu di semua peringkat diteruskan seperti dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun ini.

“Semua ahli Umno dingatkan sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu membela dan membantu rakyat,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top