Umno Tampil 70% Muka Baharu Pada PRU15

zahid.jpg
Kongsi Bersama

pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha itu bagi menarik sokongan rakyat terhadap parti seperti dilakukan dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Melaka sehingga membawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

“Jangan risau ketua bahagian berusia bawah 50 tahun termasuk dalam konsep ‘wali’- boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable), calon boleh menang, Insya-Allah boleh (bertanding PRU15).

“Pemuda, Wanita dan Puteri saya akan pastikan ketiga-tiga sayap ini akan dapat tempat,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sementara itu, Zahid berkata Umno akan mewujudkan sekolah politik sebagai Pusat Demokrasi Rakyat yang akan dipimpin Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Saya harap sekolah politik menjadi tarikan baru, tangkap imaginasi pengundi, terutama pengundi baru dan menjadi platform bincang aspirasi kumpulan sasaran kita,” katanya.

Selain itu, beliau juga mengumumkan parti itu akan mewujudkan Kursi Penyelidikan PEKEMBAR dengan kerjasama sebuah universiti ternama tempatan yang akan diumumkan kelak.

“Dengan persetujuan Bendahari Umno, modal permulaan yang akan diberikan kepada kursi penyelidikan ini iaitu sebanyak RM5 juta daripada Umno,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mahu sistem pendidikan sekarang memberi fokus pada aspek Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), khususnya membabitkan peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Katanya, pendedahan dalam TVET akan memberikan keutamaan kepada individu menganggur, hilang pekerjaan dan anak lepasan Tingkatan 5.

“Saya harap Perdana Menteri boleh memaklumkan kepada Menteri Pendidikan dan tentunya ia akan dipersetujui oleh Menteri Pengajian Tinggi,” katanya.

 

Kredit foto: BERNAMA

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top