UMNO Tak Bertanding PRK Bugaya – Bung Moktar

bunggg.jpg

KOTA KINABALU: Umno Sabah memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya pada 16 Jan depan.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Umno Sabah hari ini.

“Keputusan itu dibuat kerana Umno tidak bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya negeri sebelum ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, timbalan ketua menteri itu berkata, lebih baik jika darurat diisytiharkan untuk menangguhkan PRK Bugaya, seperti yang dilakukan kepada PRK Batu Sapi.

“Lebih baik menangguhkan PRK dahulu demi kebaikan rakyat.”

Pada 27 Nov lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Gerik di Perak dan DUN Bugaya di Sabah akan diadakan secara serentak pada 16 Jan nanti, dengan penamaan calon ditetapkan pada 4 Jan dan 12 Jan untuk pengundian awal.

Dua kerusi itu kosong susulan kematian Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dari Barisan Nasional pada 16 Nov lalu akibat sakit jantung, disusuli Adun Bugaya, Manis Muka Mohd Darah dari Warisan keesokannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top