UMNO Sabah, Warisan mungkin bekerjasama selepas PRN 17

suhaimi-nasir.jpg

Datuk Suhaimi Nasir

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: UMNO Sabah terus mengambil sikap berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak.

Sehubungan itu, UMNO Sabah mungkin akan bekerjasama dengan parti Warisan hanya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijadualkan tahun depan, lapor FMT.

Membayangkan kemungkinan itu Ketua Penerangannya, Datuk Suhaimi Nasir berkata, walaupun perbincangan dengan Warisan berjalan lancar, UMNO Sabah bersikap berhati-hati untuk mengelakkan berulangnya apa yang berlaku semasa ia menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita akan mengelak daripada membuat janji atau membentuk pakatan sebelum pilihan raya negeri. Kita akan lihat berapa banyak kerusi yang dimenangi setiap parti, dan kemudian terus membentuk kerajaan,” katanya.

Ahli Parlimen Libaran itu memberi FMT demikian ketika diminta mengulas mengenai rundingan UMNO yang sedang berjalan dengan Warisan menjelang PRN Sabah yang akan diadakan selewat-lewatnya pada Oktober 2025.

.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top