Umno Sabah tumpu perkuatkan parti sebelum pertimbang soal gabungan

Bung-Moktar.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Umno Sabah terlebih dahulu akan mengambil langkah untuk memperkukuhkan parti di semua peringkat sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti gabungan lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata untuk tujuan itu Umno Sabah akan mengadakan siri jelajah Umno ke seluruh bahagian di negeri ini bermula awal Febuari depan.

“Kita bagi keutamaan terlebih dahulu soal kekuatan parti, siri jelajah ini akan memantau dan melihat sendiri kekuatan parti dari segi persediaan di samping menjelaskan isu-isu semasa kepada ahli di peringkat akar umbi.” katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Umno Sabah kelmarin.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas isu kerjasama bersama gabungan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang selain dikaitkan dengan isu pergolakan Umno Sabah.

Menurut Bung Umno Sabah mengalu-alukan soal kerjasama bersama parti gabungan yang lain bersandarkan kepada prinsip menghormati perjanjian satu sama lain bukan sahaja memberikan manfaat kepada parti tapi rakyat Sabah secara keseluruhanya.

“Kita banyak belajar dari proses gabungan sebelum ini jadi perkara ini turut mematangkan Umno Sabah untuk mengambil sebarang keputusan yang penting. Sekarang Umno Sabah perlu diperkuatkan,” katanya.

Tambah Bung Presiden Umno sendiri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menjelaskan soal gabungan dengan parti lain hanya akan ditentukan selepas DUN Sabah dibubarkan.

“Kita tunggulah selepas pembubaran dan Umno Sabah mengakui memang ada parti lain yang berminat untuk bergabung bersama Umno, tapi semua ini akan kita muktamadkan selepas DUN Sabah bubar dan bergantung kepada persefahaman dan keikhlasan untuk memperjuangan masa depan rakyat Sabah,” katanya.

Ketika di minta mengulas isu pergolakan Umno Sabah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga tular di beberapa portal dalam talian Bung berkata Ahmad Zahid sudah menjelaskan lawatan beliau ke Sabah baru’baru ini adalah lawatan kerja rasmi yang dan ada sebarang pergolakan Umno Sabah sebagaimana digembar-gemburkan.

“Menjadi rutin apabila presiden parti ke Sabah beliau akan mengambil peluang berjumpa dengan pemimpin Umno Sabah dalam majlis ramah mesra selain membincangkan isu-isu semasa terutamanya persediaan parti menghadapi PRN akan datang,” jelas Bung

Sehubungan itu Bung mengajak seluruh ahli Umno Sabah agar tidak mudah mempercayai isu pergolakan yang dicetuskan oleh pihak lain yang bertujuan untuk melemahkan kesatuan Umno di negeri ini.

” Sebagai pemimpin dan ahli Umno kita lebih tahu apa yang berlaku di dalam rumah kita sendiri, abaikan cakap-cakap kosong yang hanya bersifat persepsi dari luar yang tujuannya untuk melemahkan kita.

“Tumpuan kita ialah bersatu bagi memperkuatkan jentera parti di semua peringkat,” tegas beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top