UMNO Sabah tolak “politik bisu’ demi kuasa

Ir-Abdul-Aziz-Julkarnain-1.jpg

Aziz Julkarnain (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:UMNO Sabah kekal konsisten dengan prinsip perjuangan politik daripada rakyat, untuk rakyat, demi rakyat dan menolak ‘politik bisu’ demi kuasa.

Setiausaha Politik kepada Ketua UMNO Sabah Ir. Aziz Julkarnain berkata Sabah kini berdepan kemiskinan, pengangguran tertinggi, dan skandal rasuah yang memalukan melibatkan pemimpin kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya terdapat pihak yang berdiam diri kerana kepentingan politik.

“UMNO Sabah menolak politik bisu demi kuasa ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ir Aziz berkata demikian sebagai mengulas pandangan Dr. Azmi Hassan dari Akademi Nusantara bahawa UMNO Sabah berisiko kalah besar dalam PRN tanpa kerjasama dengan GRS.

Katanya ia merupakan pandangan dangkal yang tidak memahami realiti politik Sabah.

Menurut Ir Aziz, desakam agar Ketua Menteri,yang bertanggungjawab memelihara kepentingan seluruh rakyat Sabah, meletakkan jawatan selaras dengan amalan kepimpinan dunia.

“Pemimpin yang terpalit dengan skandal mesti berundur untuk membolehkan siasatan telus dijalankan tanpa sebarang halangan dengan prinsip ‘no fear, no favor’.

“PH Sabah juga harus bersama UMNO Sabah menentang skandal ini. Sikap berdiam diri hanya akan mengaitkan mereka dengan skandal tersebut,” katanya.

Beliau berkata mereka perlu konsisten dengan idealisme menentang salah guna kuasa, sebagaimana mereka lakukan terhadap pemimpin BN dahulu.

Ir Aziz berkata UMNO Sabah kekal kukuh di bawah Datuk Seri Bung Moktar Radin, walaupun melalui cabaran besar selepas 2018.

“Politik sebenar ialah keberanian memperjuangkan keadilan, bukan semata-mata kuasa. UMNO Sabah tetap teguh menjadi penyambung suara rakyat,” katanya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top