UMNO Sabah Tidak Tamak: Niat Bertanding Antara 10 Hingga 12 Kerusi

BUNG.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: UMNO Sabah berniat untuk bertanding 10 hingga 12 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pada PRU14 sebelum ini, mereka bertanding 14 kerusi.

Bagaimanapun, pihaknya bersedia untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dalam PRU15.

“Insya-Allah, dulu BN (Barisan Nasional) kita letakkan untuk UMNO ada 14 kerusi, tetapi kita bersedia untuk berunding.

“Orang kata bukan soal mau bertanding berapa banyak, soalnya berapa yang kita boleh menang.

“Jadi, pada saya bertanding banyak pun kalau banyak kalah tidak guna juga. Biar kita bertanding tidak banyak tapi kita menang semuanya. Insya-Allah 10, 11 kerusi, 12 kerusi, kita akan pertahankan, ” kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kinabatangan, di Sandakan, pada Sabtu.

Terdahulu, pada PRU14,UMNO Sabah bertanding 14 kerusi dengan tiket BN.

Secara keseluruhannya pula, BN bertanding 19 kerusi daripada 25 kerusi parlimen Sabah. – AWANI


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top