Umno Sabah Sedia Pertimbang Letak Calon Di PRK Bugaya

IMG-20220116-WA0004.jpg
Kongsi Bersama

Oleh : Jaafar Abd Wahid

SEMPORNA: UMNO Sabah sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calonya sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata ,pertimbangan ini akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari sudut sokongan rakyat di kawasan tersebut.

” Pada pilihanraya Negeri (PRN) lepas kita (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini ianya diwakili oleh calon dari (PBBM) Haji Daud Tampokon bagaimana pun tewas di tangan parti Warisan yang diwakili ketika itu oleh Manis Muka Mohd Darah, ” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Umno bahagian Semporna di pejabat Umno bahagian itu baru baru ini.

PRK Dun Bugaya disytiharkan kosong setelah penyandangnya Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia akibat masalah buah Pinggang pada 17 November 2020, bagaimana PRK ditangguhkan setelah negara diisytiharkan darurat ekoran penularan pandemik COVID-19

Menurut Bung kemungkinan SPR akan mengadakan PRK DUN Bugaya dalam tempoh terdekat, ini disebabkan kadar kes COVID-19 semakin menurun di negara ini.

“keputusan untuk mengadakan PRK di kawasan ini akan ditetapkan oleh SPR, dan di pihak kita (BN) bersedia menghadapinya ini termasuklah akan mempertimbangkan untuk meletakkan calon kita sekiranya PRK berlaku,” jelas Bung.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata kekalahan calon BN Datuk Abd Razak Tun Sakaran yang bertanding dalam PRU 14 bukanlah satu ukuran dan ianya tidak akan melemahkan semangat untuk meletakan calon jika berlaku PRK dalam tempoh terdekat ini

“Kita faham pengaruh Datuk Sahfie Apadal sebagai Presiden Warian ketika itu masih kuat, bagaimanapun dalam situasi sekarang penerimaan semula rakyat kepada BN semakin meningkat , ini dibuktikan dalam beberapa siri PRK dan terkini kemenangan bergaya BN semasa PRN Melaka baru-baru ini,” katanya.

Bung menambah di kawasan Bugaya sahaja UMNO mempunyai sebanyak 180 cawangan UMNO dan yakin jika ahli memberikan sokongan padu kepada calon BN/UMNO tidak ada sebab parti itu sukar untuk merampas kawasan tersebut.

“Apa yang penting kepimpinan UMNO bahagian ini perlu berkerja keras mendekati akar umbi dan semua struktur UMNO bahagian, Wanita,Pemuda dan Puteri perlu digerakkan secara proaktif, keahlian parti perlu dibersihkan dan jika maklum balas posiitif, kita akan membuat ketetapan sama ada meletakkan calon atau sebaliknya,” tambah Bung.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top